Soalan Lazim (FAQ) | Klinik Hadid Ampang
Klinik Keluarga Buka Setiap Hari 8 Pagi - 10 Malam

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan pantas untuk persoalan yang kerap ditanya pesakit kami.

Berapa lama tempoh gel lutut bertahan?

Kesan suntikan gel lutut biasanya bertahan dari beberapa bulan hingga setahun, bergantung kepada tahap keparahan lutut dan cara penjagaan selepas rawatan. Doktor akan berikan jangkaan yang lebih tepat semasa konsultasi.

Berapa cepat rawatan boleh memberi kesan?

Sebahagian pesakit rasa lega selepas sesi pertama, tetapi kesan penuh biasanya dilihat selepas beberapa sesi susulan. Ia bergantung kepada jenis rawatan dan tahap masalah yang dihadapi.

Sakit ke buat rawatan suntikan lutut / saraf?

Rasa sedikit tidak selesa adalah normal semasa suntikan, tetapi ia singkat dan boleh ditahan oleh kebanyakan pesakit. Doktor akan terangkan proses sebelum rawatan dijalankan.

Berapa lama tempoh setiap sesi rawatan dijalankan?

Kebanyakan sesi konsultasi dan rawatan mengambil masa antara 30 minit hingga satu jam, bergantung kepada jenis rawatan yang diperlukan.

Boleh nampak kesan dalam sebulan ke?

Ramai pesakit mula nampak perubahan dalam masa sebulan, terutamanya untuk rawatan lutut dan penurunan berat badan. Namun hasil setiap individu berbeza mengikut keadaan masing-masing.

Kalau sakit lagi selepas rawatan, ada solusi lain tak?

Ada. Doktor akan menilai semula keadaan pesakit dan mencadangkan pilihan rawatan susulan yang bersesuaian, sama ada sesi tambahan atau kaedah rawatan lain.

Perlu jaga pemakanan selepas ambil suntikan kurus?

Ya. Suntikan penurunan berat badan lebih berkesan apabila disertai dengan custom diet plan yang diberikan semasa konsultasi. Pasukan klinik akan membantu memantau melalui body analysis setiap minggu.
Logo Klinik Hadid Ampang

HADID AMPANG

Klinik keluarga yang menumpukan rawatan lutut, sendi, saraf, penurunan berat badan dan kesihatan lelaki, dengan penjagaan perubatan yang profesional dan menyeluruh.

Hubungi Kami

© 2026 Klinik Hadid Ampang (ONEPULSE HEALTHCARE SDN BHD). Hak Cipta Terpelihara.